Monday 25 July 2011

KOTA RANGER FC JUARA MUSIM 2011

Syabas diucapkan kepada kelab Kota Ranger FC kerana berjaya muncul juara Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-2 2011 DST Group. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 23hb. Julai 2011/Sabtu, di Kompleks Sukan JBS, Berakas, jam 8.00 malam, Kota Ranger FC telah berjaya menewaskan Semaun Veteran 4-3.

Selaku juara Kota Ranger FC menerima Piala Presiden, piala iringan, hadiah individu dan hadiah wang tunai $500, Semaun Veteran sebagai naib johan telah menerima piala, hadiah individu dan wang tunai $400 dan Muara Vella FC pula berpuas hati di tempat ketika lalu membawa pulang piala, hadiah individu dan wang tunai $300. Jerudong FC pula memenangi Anugerah Fairplay kerana bermain bersih dalam kejohanan kali ini. Tetamu Kehormat, Awang Haji Abd Malek bin Haji Mohammad, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. 

Gol-gol Kota Ranger FC telah dijaringkan oleh Radiman Hj Abd Raahman (2 gol) dan Haji Mohd Rosanan Abdullah Samak (2 gol) sementara penjaring-penjaring Semaun Veteran pula ialah Othman Hj Apong (2 gol) dan Pg Shahrin (1 gol).

Pihak Jawatankuasa Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini iaitu sebanyak 16 buah pasukan semuanya dengan pertambahan 6 buah pasukan (10 pasukan musim lalu). Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak DST Group Sdn Bhd kerana buat kali kedua menjadi penaja kejohanan dan semoga untuk musim-musim berikutnya pihak penaja akan terus memberikan komitmen mereka.

No comments:

Post a Comment