Thursday 9 June 2011

VFA JUARAI BCCT-TESCO LOTUS FOOTBALL MASTERS DI BANGKOK

Skuad VFA sekali lagi mengumpul koleksi kejuaraan apabila muncul juara kejohanan BCCT-Tesco Lotus Football Masters yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 4 & 5 Jun 2011 yang lalu apabila menumpaskan pasukan TNDP Jemisson Pattaya 4-0 dalam perlawanan akhir.

Sebelum itu skuad VFA berada di tangga teratas kumpulan setelah tidak mencatat satu kekalahan pun. VFA menumpaskan Port Rangers, Selangor 2-0, Kaola Gold Coast, Australia 3-1, Barbarian, Australia 1-0, Majestic 7 1-0 dan seri ketika menentang TNDP Jemisson Pattaya 1-1.

Skuad VFA, berdiri dari kiri; Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Lim Sun Hui, Hj Metussin Bagol dan Metussin Sumpong. Duduk dari kiri; Hon Ah Yan, Mail Tanjong, Zaini Abang, Hj Ayubhan Hj Jaya dan Yassin Mohd Noor.
Sedang berehat di khemah yang disediakan pihak penganjur.
Warm-up sebelum memulakan perlawanan.
Ada yang melucukan Liew Chuan Fue, Pg Hj Hashim, Zaini Abang dan Hj Metussin.
Sebagai peminat setia Red Devil Ukoi begitu gembira dapat bergambar bersama Paul Parker.
Ketika majlis makan malam kejohanan.
Meja yang menempatkan skuad VFA bertanda No. 1.
John Barnes dan Paul Parker memberi pandangan mengenai isu semasa bolasepak.
Giliran Liew dan Mail bertemu idola mereka, John Barnes.
VFA bersama piala kejuaraan.
VFA diwakili oleh Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Hj Metussin Bagol, Metussin Sumpong, Yassin Mohd Noor, Mail Tanjong, Hoon Ah Yan, Hj Ayubkhan Hj Jaya, Zaini Abang dan Lim Sun Hui. Sementara itu beberapa lagenda bolasepak EPL turut menyertai kejohanan kali ini, antaranya ialah Ian Rush, John Barnes & Paul Parker. Dua orang pegawai telah mengepalai skuad VFA iaitu Pg Hj Hasim Pg Hj Chuchu (Pengurus) dan Sabtu Sitai (Jurulatih).

No comments:

Post a Comment