Monday 6 June 2011

PRESIDEN & BENDAHARI VFA DILANTIK KE NFABD


Presiden Awang Ali bin Hj Ismail (gambar atas) dan Bendahari Agong VFA Awang Hj Zainol Ariffin bin Hj Jumaat telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD)/Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam) dalam Kongres Luar Biasa (Extra Ordinary) badan induk bolasepak negara itu yang diadakan di Hotel Empire, Jerudong kelmarin.

Seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli-ahli VFA mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada keduanya atas perlantikan tersebut. Semoga pengalaman yang mereka miliki selama ini baik sama ada sebagai pemain kebangsaan suatu ketika dahulu ataupun sebagai kerjaya masing-masing akan dapat membantu NFABD bangun sebagai sebuah badan induk sukan kebangsaan yang berjaya dan disegani.

Selain mereka berdua, Awang Jamhari Lani, yang juga salah seorang bekas pemain kebangsaan turut terpilih menjadi AJK NFABD. VFA juga mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan NFABD dan berharap sukan bolasepak lebih maju di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment