LAIN-LAIN PASUKAN YANG LAYAK BOLEH DITENTUKAN HUJUNG MINGGU INI.
Setelah membenam Daerah Brunei/Muara 10-0 minggu lalu, Muara Vella FC memunggut 9 mata maksima dan seterusnya menjadi pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010-DST Group. Daerah Temburong (5 mata), juga dalam Kumpulan A, boleh layak jika berjaya menewaskan BSRC dengan jaringan gol yang besar apabila bertemu 13 Jun 2010 (Ahad) ini di Komplek Sukan Batu Apoi, Bangar, sambil mengharapkan agar Tutong 'A' tewas kepada Muara Vella FC dalam perlawanan terakhir mereka. Tutong 'A' kini berada ditangga kedua Kumpulan A dengan mengutip 7 mata.
Sementara Kumpulan B juga pasti dapat ditentukan pasukan mana bakal beraksi dalam separuh akhir apabila dua perlawanan penting dijalankan pada 11 Jun 2010 (Jumaat) nanti. Di Komplek Sukan Tutong, Tutong 'B' akan melayani Daerah Belait manakala di padang Sekolah Menengah Rimba, Kota Ranger FC yang belum pernah tewas akan bertemu VFA. Jika Tutong 'B' dan Kota Ranger FC berjaya memunggut 3 mata penuh maka kedua-dua pasukan dijangka layak ke separuh akhir setelah masing-masing memunggut 6 mata.
Akan tetapi itu bukanlah satu tugas mudah kerana Daerah Belait yang mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan VFA sebelum ini, sudah pasti ingin meneruskan tempo kemenangan menutup kempen 2010 mereka dengan bergaya. VFA pula, walaupun tewas dalam tiga perlawanan terdahulu, begitu bersemangat untuk melakar kemenangan pertama dan sekurang-kurangnya menghabiskan kempen dengan mengenggam 3 mata penuh agar tidak pulang dengan tangan kosong.
Kepada para peminat pemain-pemain veteran kegemaran awda, saksikanlah mereka beraksi di venue-venue yang telah dinyatakan tadi. Selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment