Sunday 20 June 2010

MUARA VELLA FC LWN KOTA RANGER FC, TUT 'A' LWN TUT 'B'

SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010 - DST GROUP

Kini sahlah sudah pasukan-pasukan yang berjaya memasuki pusingan separuh akhir. Muara Vella FC (10 mata) menjuarai Kumpulan A dan Tutong 'A' (8 mata) sebagai naib juara manakala wakil Kumpulan B pula ialah Tutong 'B' (juara) dan Kota Ranger FC (Naib Juara), kedua-dua pasukan terikat dengan 9 mata apabila menghabiskan perlawanan masing-masing.

Dalam perlawanan terakhir pada 18 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu, Tutong 'A' telah terikat 1-1 dengan Muara Vella FC yang mengakibatkan Temburong hampa untuk mara ke separuh akhir walaupun mencatat kemenangan bergaya menewaskan BSRC 7-0 minggu lalu. Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan A ialah antara BSRC dan Daerah Brunei/Muara yang mana pasukan pelawat mencatat kemenangan tunggal mereka dengan jaringan 4-2 pada perlawanan yang diadakan di Padang BSRC, Seria.

Pertembungan musuh tradisi iaitu Kota Ranger FC dan Youngsters FC di Komplek Sukan JBS, Berakas juga berkesudahan memihak kepada Kota Ranger FC dengan jaringan 4-2. Dalam perlawanan itu Youngsters FC perlu menang semengara Kota Ranger FC hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir. Radiman Hj Abd Rahman yang menjaringkan kesemua 4 gol pasukannya kini terikat 10 jaringan bersama Mohd Nadzrin Abdullah (Tutong 'B') untuk merebut anugerah 'Penjaring Terbanyak' kejohanan kali ini.

Tarikh, masa dan tempat perlawanan-perlawanan separuh akhir akan diketahui sedikit hari lagi setelah Jawatankuasa Kejohanan selesai bermesyuarat. Sama-samalah kita nantikan pertembungan menarik keempat-empat pasukan veteran terkuat di Negara Brunei Darussalam ini.

No comments:

Post a Comment