Tuesday 11 May 2010

TUTONG 'A' & KOTA RANGER FC DAHULUI KUMPULAN MASING-MASING

Setelah berakhir minggu pertama Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group, Tutong 'A' mendahului kedudukan mata dalam Kumpulan A, Muara Vella FC yang turut mencatat kemenangan di tempat lawan memiliki mata yang sama namun kekurangan jaringan. Sementara itu Kota Ranger FC yang mencatat kemenangan besar 6-2 menewaskan Daerah Belait dalam perlawanan pembukaan pula menjadi peneraju Kumpulan B sambil diekori rapat oleh Tutong 'B' di tangga kedua.

Namun pada perlawanan Ahad akan datang ini, kedua-dua pasukan akan bertembung di Padang B, Komplek Sukan Menglait, Gadong bagi menentukan siapa pemilik mahkota Kumpulan B. Manakala dua buah pasukan yang masih belum beraksi iaitu Youngsters FC dan BSRC akan turun minggu ini.

Youngsters FC lebih awal beradu tenaga apabila menanti kedatangan Daerah Belait pada Jumaat (14 Mei) di Sek. Men SMJA, Bandar Seri Begawan. BSRC pula akan turun pada Ahad (16 Mei) di Komplek Sukan Tutong, menghadapi tentangan Tutong 'A' yang menang tipis 4-3 ke atas Brunei/Muara minggu lalu. Berikut adalah kedudukan pasukan setelah berakhir minggu pertama kejohanan.

KUMPULAN A
1. Tutong 'A' - 3 mata
2. Muara Vella FC - 3 mata
3. Brunei/Muara - 0 mata
4. Temburong - 0 mata
5. BSRC - 0 mata

KUMPULAN B
1. Kota Ranger FC - 3 mata
2. Tutong 'B' - 3 mata
3. VFA - 0 mata
4. Daerah Belait - 0 mata
5. Youngsters FC - 0 mata

No comments:

Post a Comment