Sunday 2 May 2010

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010 - DST GROUP

Pengerusi Kejohanan, Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin dan Setiausaha Kejohanan, Sharbini Mohidin sedang menerangkan peraturan kejohanan kepada para pengurus pasukan yang hadir.
Wakil Restoran Seri Mama, Awang Haji Jaidi bin Haji Kipli sedang menyerahkan replika cek tajaan sebagai Penaja Utama (Main Sponsor) kepada Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail.
Awang Haji Jaidi diberi penghormatan mencabut undian.
Pg Haji Zahari bin Pg Haji Damit, selaku Pengurus Korporat dan Komunikasi DST Group juga diberi penghormatan mencabut undian.
Presiden (Penasihat Kejohanan) dan Naib Presiden (Pengerusi Kejohanan).
Dari Kiri; Pg Haji Zahari bin Pg Haji Damit, Pengurus Korporat dan Komunikasi DST Group, Awang Haji Jaidi bin Haji Kipli, Pengurus Restoran Seri Mama, Presiden, Pengerusi Kejohanan (Naib Presiden) dan Setiausaha Kejohanan.
Para jemputan khas, para pengurus pasukan dan ahli-ahli VFA yang hadir pada hari itu.

Kedudukan pasukan-pasukan setelah selesai majlis pengundian.

TITLE SPONSOR - DST GROUP

MAIN SPONSOR - RESTORAN SERI MAMA

CO-SPONSOR - DIL R&H SPORT & SOUVENIR

Pada 30 April 2010 (Jumaat), jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung majlis taklimat dan pengundian bagi Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group. Hadir pada majlis itu ialah Awang Ali bin Haji Ismail selaku Penasihat Kejohanan merangkap Presiden VFA, wakil-wakil para penaja iaitu DST GROUP selaku PENAJA KEJOHANAN (TITLE SPONSOR), Pg Haji Zahari bin Pg Haji Ismail dan Awang Haji Jaidi bin Haji Kipli, Pengurus Restoran Seri Mama selaku PENAJA UTAMA (MAIN SPONSOR).

Turut hadir ialah Pengerusi Kejohanan Ustaz Haji Ahmad Haji Mohin (Naib Presiden), Pg Anak Haji Damit Baharuddin (Naib Presiden), ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir, ahli-ahli VFA dan para pengurus pasukan yang menyertai kejohanan tersebut. Presiden selaku Penasihat Kejohanan mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang sudi menaja, para pengurus pasukan yang sudi menyertai serta para hadirin yang lain.

Selepas itu Awang Haji Jaidi Haji Kipli menyerahkan replika cek bernilai $5,000.00 yang diterima oleh Presiden VFA. Dan majlis diteruskan dengan majlis pengundian yang mana kedua-dua wakil penaja telah diberi penghormatan mencabut undi untuk pasukan-pasukan yang bertanding. Dan keputusannya adalah seperti di bawah;

KUMPULAN A
BSRC
DAERAH BRUNEI DAN MUARA
DAERAH TEMBURONG
MUARA VELLA FC
TUTONG A (PERDA)

KUMPULAN B
DAERAH BELAIT
KOTA RANGER FC
TUTONG B (PSJD)
VFA
YOUNGSTERS FC

(Gambar sumbangan Awang Haji Zainol Ariffin Haji Jumaat)

No comments:

Post a Comment