Friday 23 April 2010

TUTONG A (PERDA) MULAKAN PERSIAPAN HADAPI LIGA VETERAN KEBANGSAAN

Tutong A yg diwakili oleh PERDA kini telah melakukan persiapan rapi dalam menghadapi Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 dengan menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Baru-baru ini mereka telah memilih padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong sebagai venue mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan gabungan guru-guru sekolah seluruh Daerah Tutong.

Nampaknya kesemua pasukan sudah dan sedang membuat persiapan secukupnya menjelang penyertaan sulung mereka untuk LVK-Piala Presiden 2010 yang akan bermula pada 7hb. Mei 2010 (Jumaat), jam 4.00 petang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Temburong misalnya, sudah menjalankan latihan sejak dua bulan lalu malah mereka mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan jemputan luar negara iaitu 11th PSC International Soccer 7's di Pulau Pinang, Malaysia awal bulan Mac lalu.

Sebuah lagi pasukan yang sedang berusaha keras menjalani latihan ialah pasukan Daerah Belait. Menurut Jamhari Lani, salah seorang bekas pemain kebangsaan yang turut menganggotai skuad Daerah Belait, mereka sudahpun memilih 20 pemain yang bakal menggalas cabaran dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan latihan ringan.

Pasukan-pasukan lain seperti Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara (PBDBM), Kota Ranger FC, Youngsters FC, Tutong B (PSJD), Muara Vella FC, BSRC dan VFA juga sedang mengerakkan jentera mereka. Yang pasti, LVK-Piala Presiden 2010 akan datang ini akan menjadi pentas terbaik bagi pemain-pemain veteran seluruh negara untuk memperlihatkan skil dan kemahiran yang mereka miliki. Apatah lagi B Luague telah menamatkana saingan maka sudah pasti LVK - Piala Presiden 2010 akan menjadi tumpuan pula.

No comments:

Post a Comment