Sunday, 21 February 2010
LIPUTAN BORNEO BULLETIN
Media massa tempatan seperti RTB, Borneo Bulletin, Media Permata dan Brunei Times memang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, tepat dan sempurna. Mereka telah membuat liputan hampir kesemua aktiviti sukan di Negara Brunei Darussalam ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh VFA. Dari mula perancangan hinggalah kepada penubuhan VFA secara sah, pihak media telah memberikan kerjasama dengan baik sekali. Tanpa publisiti dari media mustahil VFA diketahui kewujudannya dan kini bilangan ahli semakin bertambah.
Kali ini giliran James Koon, sahabat VFA dari Borneo Bulletin membuat liputan mengenai persiapan VFA menyertai kejohanan 11th PSC International Soccer 7's 2010. Bertempat di padang Sekolah Menengah Rimba, James Koon telah membuat temuramah dengan beberapa orang personaliti yang mewakili VFA seperti Awang Ishak Hj Kabon (Timbalan Bendahari Agong merangkap Jurulatin pasukan Veteran) dan Awang Pea Chong Koon (AJK Media dan Perhubungan Awam).
Menempatkan berita mengenai VFA pada 20 Feb (Sabtu) yang lalu merupakan satu penghormatan kerana adisi hari Sabtu merupakan edaran paling banyak bagi Borneo Bulletin apatah lagi gambar kedua-dua pasukan (Masters dan Veteran) VFA dicetak agak besar saiznya. Malangnya sebahagian kecil pemain-pemain tidak dapat hadir kerana kesibukan tugas harian di pejabat masing-masing.
Kontijen VFA akan berlepas ke Pulau Pinang pada 4 Mac 2010 (Khamis)- melalui Kota Kinabalu. Manakala kejohanan akan berlangsung pada 6 dan 7 Mac 2010 bertempat di Penang Sport Club dan dijangka Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sendiri akan menjadi tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan veteran (7 side) paling berprestij di Malaysia itu.
Pihak pengurusan VFA kini sedang menyelesaikan beberapa perkara wajib sebelum bertolak seperti hotel penginapan, pengangkutan, makan-minum, t shirt, jersi dan mencari sumber kewangan bagi keselesaan kontijen VFA tatkala dalam perjalanan pergi-balik dan ketika menyertai kejohanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment