Sunday, 3 February 2013

AJK TADBIR VFA 2013-2015

Berikut adalah senarai ahli-ahli jawatankuasa tadbir VFA yang baru bagi Sesi 2013-2015 setelah berlangsungnya Mesyuarat Agong Kali Ke-3 2012 (Pembubaran dan Pemilihan) pada 1 Feb 2013 (Jumaat), jam 2.00 petang bertempat di Restoran Harini, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Tadbir Sesi 2010-2012 yang telah banyak berjasa meletakkan landasan yang betul bagi VFA untuk terus bergiat aktif dengan adanya beberapa aktiviti tahunan seperti Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan (Piala Presiden dan Piala FA), Brunei 7's International Soccer Challenge dan menyertai beberapa kejohanan antarabangsa di luar negara.

Kita juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Tadbir Sesi 2013-2015 yang baru dilantik dan didoakan semoga mereka mampu bukan sahaja meneruskan perjalanan aktiviti VFA malah dapat mengangkat VFA menjadi salah sebuah persatuan sahsiah yang disegani serta membawa VFA ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Presiden - Awang Roslin bin Suhailee
Naib Presiden - Awang Haji Metussin bin Bagol dan Awang Liew Chuan Fue
Setiausaha Agong - Awang Sharbini bin Mohidin
Timbalan S/Usaha Agong - Awang Jabar bin Ithnin
Bendahari Agong - Awang Pea Chong Koon
Timbalan - Awang Ukoi Anam
Ahli-Ahli - Awang Puncha Gunong, Awang Haji Hassan bin Haji Damit, Awang Haji Sahari bin Haji Tahir, Awang Metussin Sumpong, Awang Ali Haji Ismail dan Awang Ishak bin Haji Kabon.

Friday, 11 January 2013

MESYUARAT AGONG KALI KE 3 PADA 1 FEB 2013

Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJK) VFA yang telah bermesyuarat pada 8hb. Jan 2013/Selasa/8.00 malam yang lalu telah mengambil keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 3 2012 dan Pembubaran & Pemilihan AJK Tadbir Sesi 2013-2015 pada 1hb. Feb 2013 (Jumaat), bertempat di Restoran Harini, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 2.00 petang.

Oleh itu dijemput semua ahli ahli-ahli VFA untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Antara agendanya adalah seperti di bawah;

1. Ucapan Alu-Aluan Presiden/Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 2 2012.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan VFA Kali Ke 3 2012.
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan VFA Berakhir 31 Disember 2012.
5. Perbahasan Usul/Cadangan (jika ada).
6. Pembubaran AJK Tadbir Sesi 2010-2012.
7. Melantik Pengerusi Sementara.
8. Pemilihan AJK Tadbir Sesi 2013-2015.
9. Penangguhan Mesyuarat.

Monday, 24 December 2012

3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012

Awang Haji Mahrub sedang memotong riben merasmikan kejohanan sambil diperhatikaan oleh Pg Anak Haji Damit Baharuddin (Naib Presiden) dan Awang Liew Chuan Fue (Setiausaha Agong).
3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012 akhirnya mampu diungkayahkan dengan jayanya oleh VFA walaupun menghadapi pelbagai masalah. Penyertaan pasukan-pasukan luar negara sedikit berkurangan apabila kesemua pasukan dari Medan, Indonesia telah menarik diri di saat-saat akhir dan dua buah pasukan dari Kuala Lumpur, Malaysia yang menyertai tahun lalu juga gagal hadir tahun ini. Buat kali ke tiga berturut-turut di mana tiada pasukan dari Sabah datang ke Bandar Seri Begawan.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, satu ketegori baru ditambah iailh Grand Masters di samping kategori Veteran dan Masters. Kejohanan telah berlangsung pada 1 & 2 Disember 2012 lalu bertempat di Komplek Sukan JBS, Berakas, Bandar Seri Begawan. Acara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Awang Roslan bin Haji Taja'ah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi tetamu kehormat bagi acara penutup dan penyampaian hadiah.

Kategori Veteran telah disertai oleh 9 pasukan iaitu VFA, Al Idrus, I-Team, Pondok12, MBS United FC, MIISA United FC, Old Stars, FBSB FC dan Petronas FC (kedua-duanya dari Miri, Sarawak). Hanya 3 paskukan bertanding untuk kategori Masters iaitu Al Idrus, Melody Jaya FC (Johor, Malaysia) dan Temburong. Sementara 5 buah pasukan berentap bagi Kategori Grand Masters iaitu VFA, Al Idrus, Temburong, Rimba Star FC dan Melody Jaya FC (Johor, Malaysia).

Melody Jaya FC juara Kategori Masters.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang;
Kategori Veteran
Cup Competition; Johan - Old Stars. Naib Johan - FBSB FC
Plate Competition; Johan - Petronas Miri. Naib Johan - Pondok 12

Kategori Masters
Cup Competition; Johan - Melody Jaya FC. Naib Johan - Al Idrus

Kategori Grand Masters
Cup Competition; Johan - VFA. Naib Johan - Melody Jaya FC
Plate Competition; Johan - Rimba Star FC. Naib Johan - Al Idrus
VFA juara Kategori Grand Masters.
VFA mengucaapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat membantu dalam menjayakan kejohanan kali ini. Tanpa sokongan padu mereka mustahil kejohanan tersebut terus mengambil tempat tahun demi tahun. Insya-Allah usaha murni kami untuk membantu Kerajaan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk menjadikan Brunei DS sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan akan berjaya menarik minat banyak pasukan-pasukaan luar negara. Saat itu pasti tiba, kami percaya itu.






Monday, 10 December 2012

MUARA VELLA FC JUARA PIALA FA VETERAN

Kelihatan Awang Mohd Nor Abdullah sedang menyampaikan piala pusingan kepada ketua pasukan Muara Vella FC, Awang Sabtu Yahya.
Sekali lagi Muara Vella FC mengecewakan Semaun FC dalam perlawanan akhir. Paling terbaru ialah final Piala FA Veteran yang telah berlangsung pada 19 Nov 2012 lalu bertempat di padang Pusat Tingkatan Enam Meragang. Muara Vella FC menumpaskan Semaun FC dengan jaringan 5-4 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sepenuh masa.

Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Awang Mohd Nor bin Abullah, Setiausaha Agong, National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD) yang seterusnya berkesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Piala pusingan Piala FA Veteran telah disumbangkan oleh Awang Haji Ahmad bin Haji Mohin. Naib Presiden VFA sementara Al-Idrus Sport telah menaja hadiah wang tunai, piala iringan dan medal.

Juara telah menerima hadiah wang tunai $300, piala pusingan, piala iringan dan medal. Manakala  naib juara pula menerima hadiah wang tunai $200, piala iringan dan medal. Sebanyak 15 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kalah mati yang buat julung kalinya dianjurkan oleh VFA sebagai tambahan kepada dua kejohanan utama iaitu Piala Presiden dan Brunei 7's International Soccer Challenge.

Selain Muara Vella FC dan Semaun FC, pasukan-pasukan lain ialah Temburong, Telbru FT, Jerudong FC, Perkasa FC, Rimba Star FC, MIISA Utd FC, P.S.J.D, Pondok12, BSRC Recon, Old Stars, Satria Veteran, Mangelela United Veteran dan Al-Idrus FC.

VFA selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam mengungkayahkan kejohanan Piala FA Veteran 2012 ini seperti NFABD, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sek. Men. PDSM Mentiri, Sek. Men. R.I.P.A.S, Al-Idrus Sport dan orang perseoragan serta para peminat bolasepak di Negara Brunei Darussalam.

Sunday, 11 November 2012

SEMAUN LWN MUARA VELLA FC DI FINAL PIALA FA

Final Piala FA Veteran 2012 yang akan berlangsung pada 18 Nov 2012(Ahad) sekali lagi mempertemukan musuh tradisi bolasepak veteran iaitu Semaun dan Muara Vella FC. Dalam final Piala Presiden Kali ke-3 lalu Muara Vella FC membuat kejutan dengan menewaskan Semaun dengan jaringan 3-1. Manakala final kali ini adalah final kali ke tiga bagi Semaun dan mungkinkah akan membawa tuah kepada mereka? Kerana dalam dua final sebelum ini Semaun kempunan untuk bergelar juara (Semaun tewas 2-3 kepada Kota Ranger FC dalam final Piala Presiden 2011).

Pertemuan yang akan berlangsung di padang Pusat Tingkatan Enam (P.T.E) Meragang itu pasti menarik kerana kedua-dua buah pasukan sudah mengenal kelebihan dan kelemahan antara mereka. Muara Vella FC pasti ingin mengekalkan dominasi mereka ke atas Semaun, manakala Semaun pula memasang impian menggunung tinggi mengecapi status sebagai juara.

VFA selaku penganjur mengucapkan syabas kepada kedua-dua buah pasukan yang mencapai ke tahap final. Dalam perlawanan separuh akhir pada 09 Nov 2012 (Jumaat) lalu itu, Muara Vella FC menang tipis 1-0 ke atas Old Stars, sementara Semaun diheret ke penentuan penalti sebelum menang 4-2 ke atas P.S.J.D juara kali pertama Piala Presiden 2010 lalu.

Wednesday, 31 October 2012

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA VETERAN

02 Nov 2012/Jumaat/4.00 petang
Jerudong FC lwn Semaun Veteran - SM R.I.P.A.S Tutong
Muara Vella FC lwn Telbru FT - SM P.D.S.M Mentiri

04 Nov 2012/Ahad/4.00 petang
P.S.J.D lwn BSRC Recon - SM R.I.P.A.S Tutong
Old Stars lwn Perkasa FC - P.T.E Meragang

Sunday, 14 October 2012

JADUAL PIALA FA VETERAN 2012

19 Okt 2012/Jumaat/4.00 petang
Satria Veteran FC lwn Jerudong FC - SM R.I.P.A.S
Mengellela Veteran FC lwn Muara Vella FC - SM PDSM Mentiri

21 Okt 2012/Ahad/4.00 petang
Semaun lwn Al-Idrus - PTE Meragang
Rimba Star FC lwn Telbru FT - SM R.I.P.A.S

28 Okt 2012/Ahad/4.00 petang
PSJD lwn Temburong - PTE Meragang
Pondok 12 lwn Old Stars - SM R.I.P.A.S

04 Nov 2012/Ahad /4.00 petang
MIISA Utd FC lwn BSRC Recon - PTE Meragang