Sunday 11 November 2012

SEMAUN LWN MUARA VELLA FC DI FINAL PIALA FA

Final Piala FA Veteran 2012 yang akan berlangsung pada 18 Nov 2012(Ahad) sekali lagi mempertemukan musuh tradisi bolasepak veteran iaitu Semaun dan Muara Vella FC. Dalam final Piala Presiden Kali ke-3 lalu Muara Vella FC membuat kejutan dengan menewaskan Semaun dengan jaringan 3-1. Manakala final kali ini adalah final kali ke tiga bagi Semaun dan mungkinkah akan membawa tuah kepada mereka? Kerana dalam dua final sebelum ini Semaun kempunan untuk bergelar juara (Semaun tewas 2-3 kepada Kota Ranger FC dalam final Piala Presiden 2011).

Pertemuan yang akan berlangsung di padang Pusat Tingkatan Enam (P.T.E) Meragang itu pasti menarik kerana kedua-dua buah pasukan sudah mengenal kelebihan dan kelemahan antara mereka. Muara Vella FC pasti ingin mengekalkan dominasi mereka ke atas Semaun, manakala Semaun pula memasang impian menggunung tinggi mengecapi status sebagai juara.

VFA selaku penganjur mengucapkan syabas kepada kedua-dua buah pasukan yang mencapai ke tahap final. Dalam perlawanan separuh akhir pada 09 Nov 2012 (Jumaat) lalu itu, Muara Vella FC menang tipis 1-0 ke atas Old Stars, sementara Semaun diheret ke penentuan penalti sebelum menang 4-2 ke atas P.S.J.D juara kali pertama Piala Presiden 2010 lalu.

No comments:

Post a Comment