Monday, 24 December 2012

3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012

Awang Haji Mahrub sedang memotong riben merasmikan kejohanan sambil diperhatikaan oleh Pg Anak Haji Damit Baharuddin (Naib Presiden) dan Awang Liew Chuan Fue (Setiausaha Agong).
3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012 akhirnya mampu diungkayahkan dengan jayanya oleh VFA walaupun menghadapi pelbagai masalah. Penyertaan pasukan-pasukan luar negara sedikit berkurangan apabila kesemua pasukan dari Medan, Indonesia telah menarik diri di saat-saat akhir dan dua buah pasukan dari Kuala Lumpur, Malaysia yang menyertai tahun lalu juga gagal hadir tahun ini. Buat kali ke tiga berturut-turut di mana tiada pasukan dari Sabah datang ke Bandar Seri Begawan.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, satu ketegori baru ditambah iailh Grand Masters di samping kategori Veteran dan Masters. Kejohanan telah berlangsung pada 1 & 2 Disember 2012 lalu bertempat di Komplek Sukan JBS, Berakas, Bandar Seri Begawan. Acara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Awang Roslan bin Haji Taja'ah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi tetamu kehormat bagi acara penutup dan penyampaian hadiah.

Kategori Veteran telah disertai oleh 9 pasukan iaitu VFA, Al Idrus, I-Team, Pondok12, MBS United FC, MIISA United FC, Old Stars, FBSB FC dan Petronas FC (kedua-duanya dari Miri, Sarawak). Hanya 3 paskukan bertanding untuk kategori Masters iaitu Al Idrus, Melody Jaya FC (Johor, Malaysia) dan Temburong. Sementara 5 buah pasukan berentap bagi Kategori Grand Masters iaitu VFA, Al Idrus, Temburong, Rimba Star FC dan Melody Jaya FC (Johor, Malaysia).

Melody Jaya FC juara Kategori Masters.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang;
Kategori Veteran
Cup Competition; Johan - Old Stars. Naib Johan - FBSB FC
Plate Competition; Johan - Petronas Miri. Naib Johan - Pondok 12

Kategori Masters
Cup Competition; Johan - Melody Jaya FC. Naib Johan - Al Idrus

Kategori Grand Masters
Cup Competition; Johan - VFA. Naib Johan - Melody Jaya FC
Plate Competition; Johan - Rimba Star FC. Naib Johan - Al Idrus
VFA juara Kategori Grand Masters.
VFA mengucaapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat membantu dalam menjayakan kejohanan kali ini. Tanpa sokongan padu mereka mustahil kejohanan tersebut terus mengambil tempat tahun demi tahun. Insya-Allah usaha murni kami untuk membantu Kerajaan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk menjadikan Brunei DS sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan akan berjaya menarik minat banyak pasukan-pasukaan luar negara. Saat itu pasti tiba, kami percaya itu.






Monday, 10 December 2012

MUARA VELLA FC JUARA PIALA FA VETERAN

Kelihatan Awang Mohd Nor Abdullah sedang menyampaikan piala pusingan kepada ketua pasukan Muara Vella FC, Awang Sabtu Yahya.
Sekali lagi Muara Vella FC mengecewakan Semaun FC dalam perlawanan akhir. Paling terbaru ialah final Piala FA Veteran yang telah berlangsung pada 19 Nov 2012 lalu bertempat di padang Pusat Tingkatan Enam Meragang. Muara Vella FC menumpaskan Semaun FC dengan jaringan 5-4 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sepenuh masa.

Tetamu Kehormat pada hari itu ialah Awang Mohd Nor bin Abullah, Setiausaha Agong, National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD) yang seterusnya berkesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Piala pusingan Piala FA Veteran telah disumbangkan oleh Awang Haji Ahmad bin Haji Mohin. Naib Presiden VFA sementara Al-Idrus Sport telah menaja hadiah wang tunai, piala iringan dan medal.

Juara telah menerima hadiah wang tunai $300, piala pusingan, piala iringan dan medal. Manakala  naib juara pula menerima hadiah wang tunai $200, piala iringan dan medal. Sebanyak 15 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kalah mati yang buat julung kalinya dianjurkan oleh VFA sebagai tambahan kepada dua kejohanan utama iaitu Piala Presiden dan Brunei 7's International Soccer Challenge.

Selain Muara Vella FC dan Semaun FC, pasukan-pasukan lain ialah Temburong, Telbru FT, Jerudong FC, Perkasa FC, Rimba Star FC, MIISA Utd FC, P.S.J.D, Pondok12, BSRC Recon, Old Stars, Satria Veteran, Mangelela United Veteran dan Al-Idrus FC.

VFA selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam mengungkayahkan kejohanan Piala FA Veteran 2012 ini seperti NFABD, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sek. Men. PDSM Mentiri, Sek. Men. R.I.P.A.S, Al-Idrus Sport dan orang perseoragan serta para peminat bolasepak di Negara Brunei Darussalam.

Sunday, 11 November 2012

SEMAUN LWN MUARA VELLA FC DI FINAL PIALA FA

Final Piala FA Veteran 2012 yang akan berlangsung pada 18 Nov 2012(Ahad) sekali lagi mempertemukan musuh tradisi bolasepak veteran iaitu Semaun dan Muara Vella FC. Dalam final Piala Presiden Kali ke-3 lalu Muara Vella FC membuat kejutan dengan menewaskan Semaun dengan jaringan 3-1. Manakala final kali ini adalah final kali ke tiga bagi Semaun dan mungkinkah akan membawa tuah kepada mereka? Kerana dalam dua final sebelum ini Semaun kempunan untuk bergelar juara (Semaun tewas 2-3 kepada Kota Ranger FC dalam final Piala Presiden 2011).

Pertemuan yang akan berlangsung di padang Pusat Tingkatan Enam (P.T.E) Meragang itu pasti menarik kerana kedua-dua buah pasukan sudah mengenal kelebihan dan kelemahan antara mereka. Muara Vella FC pasti ingin mengekalkan dominasi mereka ke atas Semaun, manakala Semaun pula memasang impian menggunung tinggi mengecapi status sebagai juara.

VFA selaku penganjur mengucapkan syabas kepada kedua-dua buah pasukan yang mencapai ke tahap final. Dalam perlawanan separuh akhir pada 09 Nov 2012 (Jumaat) lalu itu, Muara Vella FC menang tipis 1-0 ke atas Old Stars, sementara Semaun diheret ke penentuan penalti sebelum menang 4-2 ke atas P.S.J.D juara kali pertama Piala Presiden 2010 lalu.

Wednesday, 31 October 2012

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA VETERAN

02 Nov 2012/Jumaat/4.00 petang
Jerudong FC lwn Semaun Veteran - SM R.I.P.A.S Tutong
Muara Vella FC lwn Telbru FT - SM P.D.S.M Mentiri

04 Nov 2012/Ahad/4.00 petang
P.S.J.D lwn BSRC Recon - SM R.I.P.A.S Tutong
Old Stars lwn Perkasa FC - P.T.E Meragang

Sunday, 14 October 2012

JADUAL PIALA FA VETERAN 2012

19 Okt 2012/Jumaat/4.00 petang
Satria Veteran FC lwn Jerudong FC - SM R.I.P.A.S
Mengellela Veteran FC lwn Muara Vella FC - SM PDSM Mentiri

21 Okt 2012/Ahad/4.00 petang
Semaun lwn Al-Idrus - PTE Meragang
Rimba Star FC lwn Telbru FT - SM R.I.P.A.S

28 Okt 2012/Ahad/4.00 petang
PSJD lwn Temburong - PTE Meragang
Pondok 12 lwn Old Stars - SM R.I.P.A.S

04 Nov 2012/Ahad /4.00 petang
MIISA Utd FC lwn BSRC Recon - PTE Meragang




Saturday, 13 October 2012

LAWATAN KE MEDAN CAPAI MATLAMAT

Gambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas sebelum berlepas ke Medan melalui LCCT Kuala Lumpur.
Sambil menunggu penerbangan ke Medan, kami sempat menjamu selera dan minum di LCCT, Kuala Lumpur.
Berada di LCCT Kuala Lumpur menanti penerbangan ke Medan.
Kami berada dalam bas khas yang disediakan oleh pihak PEMPROP S.U.
Seperti yang dirancangkan VFA telah mengadakan lawatan muhibah ke Medan, Indonesia pada 1-5 Okt 2012 yang lalu. Seramai 18 orang ahli-ahli VFA telah mengikuti rombongan tersebut yang dikepalai oleh Awang Jabar Ithnin (Timbalan Setiausaha Agong) selaku Ketua Rombongan. Antara matlamat dan tujuan menganjurkan lawatan tersebut ialah untuk mengerat dan menyambung hubungan silatur-Rahim yang lebih mesra dengan pasukan-pasukan bolasepak veteran di kota ke-3 terbesar di Indonesia itu.

Dalam program lawatan tersebut VFA telah mengadakan 3 perlawanan persahabatan iaitu dengan PEMPROP S.U (Pemerintah Propinsi Sumatera Utara) pada 2 Okt/Selasa, Kurnia Medan City FC pada 3 Okt/Rabu, kedua-dua perlawanan berlangsung di Komplek Sukan, Universitas Sumatera Utara (USU) dan perlawanan terakhir adalah bertemu Pertamina Albatros FC pada 4 Okt/Khamis bertempat di Daerah Binjai.
Majlis makan malam mengucapankan selamat datang oleh PEMPROP S.U di salah sebuah restoran ala Bali seafood.
Mengabadikan kenangan di hadapan Istana Maimoon.
Selain mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan, rombongan VFA juga sempat mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Kotamadya Medan seperti Istana Maimoon, Masjid Raya Al-Mashum. Pasar Ikan (sebuah kawasan menjual barang-barang keperluan harian) dan Merdaka Walk (sebuah kawasan gerai-gerai makanan yang terletak di tengah-tengah ibukota Medan).

Selain mengeratkan hubungan silatur-Rahim bersama pasukan-pasukan veteran yang telah menyertai 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 yang lalu seperti PEMPROP S.U dan Kurnia Medan City, rombongan VFA turut dapat menjalin hubungan baru dengan pasuan Petamina Albatros dan DPR S.U yang mana kedua-dua pasukan baru itu turut akan menyertai 3rd Brunei 7's International Soccer Challenge 2012 yang akan berlangsung pada 1 & 2 Dis 2012 akan datang ini.
Kami makan tengahari di salah sebuah restoran masakan Padang.
Gambar kenangan antara VFA (oren) dan pasukan PEMPROP S.U (hijau).
Para pemaian VFA sedang bersiap sedia untuk perlawanan kedua bertemu Kurnia Medan City FC.
Perlawanan persahabatan antara VFA dan Pertamina Albatros.
Pihak VFA mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Pemerintah Propinsi Sumatera Utara terutama kepada Bapak Hj Nurdin Lubis (SEKDA) dan Bapak Fadjiar yang telah menyediakan kemudahan pengangkutan bas khas untuk kami sepanjang lawatan serta menjamu kami secara rasmi dalam majlis makan malam di salah sebuah restoran ekslusif di Medan. Juga kepada pihak Bapak Sumantraji dari Kurnia Medan City yang sudi mengadakan perlawanan persahabatan serta menjamu kami di Restoran Mee Aceh, Jalan Titi Bobrok, Medan. Serta pasukan Pertamina Albatros yang turut memberikan jamuan makan malam sebaik tamat perlawanan persahabatan antara kami. Layanan mesra dan muhibah yang telah diberikan oleh mereka sebagai bangsa serumpun sangat mengharukan kami. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan anda semua. Kota Medan tetap menggamit kami untuk berkunjung lagi suatu hari nanti. Banyak kenangan manis kami tinggalkan di daerah bekas Kesultanan Deli itu.

Tuesday, 18 September 2012

VFA AKAN BERKUNJUNG KE MEDAN, INDONESIA

Buat pertama kalinya Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) Brunei Darussalam akan menganjurkan lawatan ke luar negara (kerana perjalanan ke luar negara sebelum ini adalah kerana menyertai kejohanan) dan Medan, Indonesia menjadi destinasi pertama yang dipilih. Lawatan muhibah tersebut akan diadakan dari 1 hingga 5 Oktober 2012.

Antara tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menyambung dan mengeratkan lagi hubungan silatur-Rahim antara sesama pemain bolasepak veteran dari Brunei Darussalam dan Medan, Indonesia serta menimba pengalaman melalui lawatan ke beberapa tempat menarik yang terdapat di sekitar bandaraya Medan yang juga merupakan bandaraya ke tiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.

Selain itu rombongan ahli-ahli VFA itu akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan iaitu PEMPROV S.U. (Pemerintah Provinsi Sumatera Utara), Kurnia Medan City (yang telah menyertai 2nd Brunei 7's International Soccer Challenge 2011 lalu) dan Pertamina Albatros Medan, salah sebuah pasukan veteran yang sering menyertai kejohanan-kejohanan di rantau Asia Tenggara ini.

Senarai 18 orang ahli-ahli VFA yang akan menyertai lawatan muhibah tersebut adalah;

1. Jabar Ithnin
2. Sharbini Mohidin
3. Ukoi Anam
4. Lim Sun Hui
5. Puncha Gunong
6. Haji Matussin Bagol
7. Nordin Tujoh
8. Sabtu Sitai
9. Haji Sahari Haji Tahir
10. Abdullah Haji Raini
11. Haji Abd Wahab Abd Momin
12. Zaini Haji Abang
13. Abd Morad Haji Abd Rani
14. Kamal Ringgit
15. Roslin Suhaili
16. Suhaili Haji Bakar
17. Kula Mohamed
18. Suni Mat Jerah