Sunday 4 August 2013

4TH BRUNEI 7'S TERIMA PENYERTAAN DARI INDIA, INDONESIA & THAILAND

4th Brunei 7's International Soccer Challenge yang akan berlangsung pada 2 & 3 Nov (Sabtu & Ahad) 2013 akan datang ini bertempat di Kompleks Sukan JBS, Berakas telah menerima penyertaan buat pertama kalinya pasukan-pasukan dari India (Povvai Malar Veterans, Chennai dan East Kolkata Veterans, Kolkata) dan Thailand (Friends From Bangkok & Bangkok Classic Team) serta Kurnia Medan City, Medan, Indonesia yang pernah menyertai pada 2012 lalu.

Sepertimana kejohanan tahun lalu, pada kali ini pihak Jawatankuasa Penganjur mengekalkan format 3 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas), Masters (45 tahun ke atas) dan Grand Masters (50 tahun ke atas. Di samping pasukan-pasukan yang disebutkan di atas, VFA juga sudah pasti menerima penyertaan pasukan-pasukan tetap seperti FBSB FC & KRP Miri, kedua-duanya dari Miri, Sarawak dan HM FC (dulunya dikenali sebagai Melody Jaya FC) dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim yang merupakan johan tiga tahun berturut-turut Kategori Masters.

Beberapa pasukan luar negeri sedang dalam perbincangan dengan pihak penganjur terutama dari kelab-kelab di Kuala Lumpur dan Singapura. Pasukan-pasukan tempatan tidak ketinggalan dijangka memeriahkan lagi kejohanan yang mendapat sokongan padu dari Jabatan Kemajuan Pelancongan (Brunei Tourism), Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam itu.

Antara pasukan tempatan yang bakal beraksi ialah Stoneville FC (Temburong), Oldstars FC, Semaun Veteran, MIISA Utd FC, Rimba Star FC, Pondok 12 FC, MBS Utd FC, XN FT, BSRC Recon, Satria Veteran FC dan beberapa buah pasukan lagi.
Kepada kelab-kelab yang berminat penyertaan masih dibukakan sehingga tarikh tutup pada 15 Okt 2013. Yuran penyertaan adalah sebanyak $500. Johan akan menerima hadiah wang tunai $2,000, piala iringan dan medal. Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai $1,000 dan medal. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini akan diberikan cenderahati berupa 11 helai t shirt rasmi kejohanan. Pihak penganjur bersama Brunei Tourism juga akan meraikan setiap pasukan dalam satu majlis Makan Malam Gala yang akan diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Untuk mendapatkan borang penyertaan anda bolehlah menghubungi Awang Jabar Ithnin selaku Tournament Secretary di talian 8820062 ataupun melalui akaun Facebook www.facebook.com/brunei veteran vfa.

No comments:

Post a Comment