Thursday, 6 January 2011

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 2

Dalam Mesyuarat AJK Tadbir VFA Bil 1/11 yang telah berlangsung pada 4 Jan 2011 (Selasa), jam 8.00 malam di Restoran Seri Mama, Kg Serusop antara lain telah menetapkan tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan VFA Kali Ke 2. Butiran lanjutnya adalah seperti berikut;

Acara: MESYUARAT AGONG TAHUNAN VFA KALI KE 2
Tarikh: 13 Februari 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Dengan itu setiap ahli VFA dijemput hadir ke mesyuarat tersebut bagi mendengar penjelasan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diungkayahkan serta membahaskan beberapa usul yang akan dibentangkan oleh ahli-ahli. Kepada mana-mana ahli yang ingin membentangkan usul bolehlah memberikan butirannya kepada Setiausaha Agong secara bertulis dan di alamatkan ke

Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Veteran (VFA)
No. 4, Spg 278, Jalan Muara BC3515
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam.

Atau melalui email di alamat; vfasecgen@gmail.com

No comments:

Post a Comment