Tuesday 7 December 2010

TAHNIAH MELODI JAYA (MASTERS) & WANDERERS (VETERAN), CHAMPION 1st BRUNEI 7'S

Alhamdulillah. Akhirnya Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 selamat diungkayahkan dengan jayanya. Kejohanan julung-julung kali itu dianjurkan oleh VFA dengan sokongan Brunei Tourism pada 4 & 5 Dis 2010 (Sabtu & Ahad) di Komplek Sukan JBS, Berakas. VFA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Paduka Awang Hj Mohd Hamid Hj Mohd Jaafar, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana telah sudi menjadi tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan tersebut.

Sebanyak 16 buah pasukan/kelab telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi peserta pertama untuk Brunei 7's. Nama-nama pasukan adalah seperti berikut;

VETERAN
Kelab Rekreasi Petroleum Miri
Olygarke FC, Miri
Brunei Old Boyz FC
Brunei Wanderers
Temburong Veteran
Semaun Veteran
Telbru FT
VFA Veteran

MASTERS
Melodi Jaya, Johor
Brunei Golden Gold FC
Temburong Masters
Semaun Masters
Legend FC
Kuala Belait Rovers
Star FC
VFA Masters

Pasukan-pasukan telah bermain secara liga dan empat pasukan teratas layak ke separuh akhir Cup Competition, sementara empat pasukan terbawah akan bermain di separuh akhir Plate Competition. Bagi perlawanan separuh akhir Cup Competition Veteran menemukan VFA Veteran x Brunei Wanderers FC dan Olygarke FC x Semaun Veteran. Olygarke FC dan Brunei Wanderers FC berjaya melangkah ke final yang dimenangi oleh wakil Brunei itu melalui sepakan penalti setelah perlawanan sepenuh masa berakhir dengan seri 0-0.

Manakala perlawanan separuh akhir Plate Competition pula ialah antara Temburong Veteran x Kelab Rekreasi Petroleum Miri dan Brunei Old Boyz x Telbru FT. Temburong Veteran dan Brunei Old Boyz telah memenangi perlawanan masing-masing dan naib menyebelahi Temburong Veteran muncul juara bagi Plate Competition Veteran.

Melodi Jaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan luar negeri pertama yang berjaya muncul juara kategori Masters setelah menewaskan Semaun Masters (yang membawa Hassan Sani bermain untuk mereka) 2-0 dalam perlawanan akhir bagi Cup Competition Masters. Sebelum itu Melodi Jaya menang tipis 1-0 ke atas Temburong Masters dan Semaun Masters terpaksa menunggu hingga sepakan penalti untuk menewaskan VFA Masters dalam perlawanan separuh akhir.

Untuk Plate Competition Masters pula telah dimenangi oleh Star FC apabila mudah menewaskan Golden Gold FC 3-0 di perlawanan akhir. Dalam perlawanan separuh akhir Star FC menjinakkan KB Rovers dan Golden Gold FC pula mampu menang bergaya ke atas Legend FC.

Johan Cup Competition untuk kedua-dua kategori menerima hadiah wang tunai B$3,000, piala dan medal, Naib Johan pula menerima hadiah wang tunai B$2,000 dan medal. Manakala pemenang-pemenang Plate Competition pula menerima hadiah medal. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Awang Ali Hj Ismail, Presiden VFA. Terima kasih kepada pasukan-pasukan yang menyertai, budi baik awda sangat-sangat kami hargai dan akan tetap terpahat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah VFA. Insya-Allah kita bertemu lagi dalam kejohanan tahun depan.

Gambar-gambar akan dimuatkan dalam posting selepas ini.

No comments:

Post a Comment