Sunday, 19 February 2012

VFA AKAN MENYERTAI 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S TOURNAMENT

VFA sekali lagi akan menyertai 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 yang dianjurkan oleh Penang Sport Club (PSC) di Pulau Pinang, Malaysia dari 3 & 4 Mac 2012 akan datang ini bagi Kategori Masters. Skuad 10 orang pemain VFA telah membuat persediaan rapi dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan 3 kali seminggu sejak beberapa bulan lalu.

Skuad VFA yang menjuarai PSC International Soccer 7's Tournament 2008.
Pencapaian terbaik adalah menjuarai Kategori Masters pada tahun 2008. Pada tahun 2011 lalu skuad VFA terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas tipis 3-2 (penalti) kepada skuad Hong Kong Allstars. Skuad VFA akan berlepas pada 2 Mac (Jumaat) dan akan kembali ke tanahair pada 7 Mac (Rabu) 2012.

Pemain-pemain VFA;
1. Sharbini Mohidin
2. Ishak Haji Kabon
3. Ukoi Anam
4. Puncha Gunong
5. Haji Mohd Salehen Kee Abdullah
6. Kula Mohamad
7. Haji Sahari Haji Tahir
8. Zainuddin Mohamad
9. Suhaili Haji Bakar
10. Sabtu Sitai

Wednesday, 15 February 2012

LANTIKAN AJK KEJOHANAN PIALA PRESIDEN

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN KALI KE 3 2012

Penasihat
Awang Ali bin Haji Ismail

Pengerusi
Awang Haji Ahmad Haji Mohin

Timbalan Pengerusi
Pg Anak Haji Damit Baharuddin bin Pg Anak Safiuddin

Setiausaha
Awang Jabar bin Ithnin

Timbalan Setiausaha
Awang Sharbini bin Haji Mohidin

J/Kuasa Perlawanan
Awang Liew Chuan Fue
Awang Ukoi Anam

J/Kuasa Kewangan
Awang Pea Chong Koon

J/Kuasa Tajaan
Awang Haji Abd Wahab bin Haji Momin

J/Kuasa Pengadilan
Awang Metussin bin Sumpong

J/Kuasa Hadiah
Awang Yassin bin Haji Md Noor

J/Kuasa Venue dan Kelengkapan
Awang Puncha Gunong

Sunday, 29 January 2012

KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEPASUKAN PIALA HASRAT TEGUH SDN BHD

Pasukan Veteran Daerah Temburong dengan kerjasama VFA akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak 7 Sepasukan Piala Hasrat Teguh Sdn Bhd pada 26hb. Feb. 2012/Ahad, bertempat di padang Sekolah Rendah Sultan Hassan, Pekan Bangar, Temburong. Yuran penyertaan adalah $50.00 dan hadiah-hadiah pula adalah;

Juara - $300, piala & medal
Naib Juara - $200 & medal
Ketiga Bersama - $100

Kejohanan terbuka kepada pasukan-pasukan bolasepak veteran di Negara Brunei Darussalam dan setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 10 orang pemain yang berusia 40 tahun ke atas (lahir tahun 1972 dan sebelumnya). Bagaimanapun setiap pasukan mestilah menurunkan 2 orang pemain berusia 50 tahun ke atas (lahir tahun 1962 dan sebelumnya) sewaktu bermain.

Kepada pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertainya, borang atau keterangan lanjut bolehlah menghubungi Awang Haji Abd Wahab bin Haji Momin (8890565) atau Awang Sabtu bin Sitai (8758985). Jumlah penyertaan dibukakan kepada 16 buah pasukan sahaja.

Tuesday, 24 January 2012

MESYUARAT AGONG LUAR BIASA

Awang Haji Ahmad Haji Mohin, Naib Presiden sedang mempengerusikan mesyuarat.
Pg Anak Haji Damit Baharuddin, Naib Presiden (kanan) dan Awang Jabar Ithnin, Timbalan S/Usaha Agong (kiri).
Awang Liew Chuan Fue, Setiausaha Agong.
Awang Mail Tanjong sedang berceloteh bersama ahli-ahli VFA yang lain.
Sebahagian lagi ahli-ahli VFA yang menghadii mesyuarat tersebut.
Awang Liew Chuan Fue tidak ketinggalan bermesra bersama ahli-ahli VFA,
AJK Tadbir VFA sedang mengendalikan mesyuarat.
Ahli-ahli sedang mendengar dengan teliti agenda yang dibentangkan.
Ampuan Abu Bakar, Haji Mohd Salehen Kee & Puncha Gunong.
Abdullah Haji Raini, Haji Sahari Haji Tahir, Awang Abd Razaj, Mail Tanjong & Zaini Haji Abang.


Sunday, 15 January 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG LUAR BIASA

Sukacita merujuk Perlembagaan VFA Perkara 12.1 Mesyuarat Agong Luar Biasa;
Jika Jawatankuasa Tadbir memikirkan perlu atau dipinta secara bertulis dan ditandatangani oleh tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) daripada ahli.

Ahli Jawatankuasa Tadbir yang telah bermesyuarat pada 8hb. Jan 2012 (Ahad), jam 8.00 malam, bertempat di No. 3, Simpang 68, Kg. Madang, Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam, telah memutuskan bahwa satu Mesyuarat Agong Luar Biasa hendaklah dipanggil dan butirannya adalah seperti berikut;

Tarikh: 22hb. Jan 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Restoran SNHB Berakas, Bandar Seri Begawan
Agenda: Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31hb. Disember 2010.

Setiausaha Agong
Awang Liew Chuan Fue

Saturday, 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012

Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 Masihi kepada ahli-ahli VFA, pemain-pemain bolasepak veteran di Brunei Darussalam dan di seluruh dunia amnya dan para peminat bolasepak. Semoga tahun 2012 yang akan kita tempuhi akan memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri sendiri dan keluarga. Harapan kita juga agar segala peristiwa yang kita lalui dalam tahun 2011 lalu sebagai satu sejarah penting dan menjadi pedoman hidup paling berguna.

VFA sendiri akan menghadapi tugasan yang sibuk bagi tahun 2012 ini. Selain menganjurkan beberapa aktiviti-aktiviti tahunan seperti mesyuarat agong, Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden Kali Ke-3 dan 3rd Brunei 7's International Soccer Challenge, VFA turut sibuk memenuhi jemputan-jemputan menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lainnya seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Singapura, Thailand, China, Macau dan lain-lain lagi.

Saturday, 24 December 2011

VFA TERIMA JEMPUTAN 13TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S TOURNAMENT 2012

VFA Veteran 2011
VFA Veteran 2010 - Juara Plate Competition
Seperti tahun-tahun sebelumnya Soccer Section, Penang Sport Club (PSC) telah mengundang VFA dan pasukan-pasukana veteran yang lainnya untuk menyertai 13th PSC International Soccer 7's Tournament 2012 yang akan berlangsung pada 3 & 4 Mac 2012 di Penang, Sport Club, Pulau Pinang, Malaysia. VFA telah mengambil keputusan untuk menghantar pasukan Masters sahaja untuk kejohanan itu dan pasukan Veteran tidak dapat turut serta atas beberapa sebab.

Pencapaian terbaik VFA adalah layak ke separuh akhir (Cup Competition Masters Category) pada tahun 2010 apabila tewas dalam sepakan penalti kepada Hong Kong Allstars. Brunei Veteran pula menjuarai Masters Category pada tahun 2008 akan tetapi pada tahun itu VFA belum ditubuhkan secara rasmi. Manakala pasukan Veteran telah menjuarai Plate Competition pada tahun 2010.

Selain pasukan VFA beberapa buah pasukan lain juga telah bersetuju untuk menyertainya iaitu Rimba Star FC Masters dan I-Team (Veteran). Seperti biasa pihak penganjur akan membuat kata putus setelah sampai tarikh tutup menghantar penyertaan pasukan-pasukan yang akan diberikan peluang untuk bertanding memandangkan kejohanan tersebut menerima banyak penyertaan dari negara-negara luar seperti Brunei DS, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Taiwan, China, Australia, Maldives dan pasukan-pasukan dari Malaysia sendiri.